Background

Tuesday, November 18, 2014

POSITIF!

Bagaimana cara anda ingin kekalkan momentum POSITIF?

Cara saya:

1) Setiap pagi sebelum ke kedai tolong mak niaga sarapan pagi, saya akan pastikan saya membaca perihal-perihal yang POSITIF, kata-kata positif, cerita-cerita positif untuk menaikan aura positif saya. Biasanya saya akan buka acc FB saya sahaja.

2) Pastikan rakan-rakan anda dalam LIST FB tu, kawan-kawan yang positif, bukan kawan-kawan yang sering update status merungut,kecewa, mengumpat, mengata orang lain or apa sahaja..Mungkin dikalangan rakan-rakan FB kita kawan dari sekolah, so kalo nak unfriend macam tak elok kan? so, kalo saya, saya just abaikan sahaja status berbaur negatif, buat macam nampak tak nampak sahaja.

3) Pandangan pertama tentang orang yang baru kita kenal atau jumpa dengan pandangan yang baik-baik sahaja, walaupun kadang kala luaran seseorang tu nampak macam " Perompak ", "Penjahat", "Penipu"..apa pun perlu berhati-hati..InsayaAllah selagi kita ada Allah, semua ok saja.

4) Yang paling penting " Berbaik sangka dengan segala aturan yang telah ALLAH tetapkan, kita hanya mampu merangcang tetapi ALLAH yang tentukan"

USAHA!USAHA!USAHA

JANGAN LUPA SENYUM! :)

Pandangan negatif ada dimana-mana, tetapi ia juga boleh bertukar dengan pandangan positif, terpulang pada kita..Saya doakan semua sahabat-sahabat saya berjaya DUNIA & AKHIRAT!

kita KAYA DUNIA, KAYA AKHIRAT juga..insyaALLAH!

doakan juga perniagaan kami maju! :)


No comments:

Post a Comment